‘Jangan sampai saya ambil tindakan sewajarnya’ - Syameer Azmi beri amaran, henti libatkan keluarga - Utusan Malaysia

‘Jangan sampai saya ambil tindakan sewajarnya’ – Syameer Azmi beri amaran, henti libatkan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi meningkat naik, Syameer Azmi kesal dengan tindakan seorang pengguna akaun palsu di Instagram (IG) yang dikenal pasti cuba mengugut dan mengancam keselamatan dia serta keluarganya.

Syameer yang berkongsi mesej ugutan si pelaku di IG memberi amaran akan mengambil tindakan sewajarnya jika individu berkenaan tidak menghentikan perbuatannya itu.

“Salam Jumaat semua. Tadi saya ada dapat mesej peribadi (DM) ugutan yang melibatkan keluarga saya.

“Kalau tak puas hati, terus DM saya guna akaun peribadi. Jangan guna akaun palsu. Pengecut ke?

“Jangan sampai saya ambil tindakan sewajarnya,” tulisnya.

Terdahulu, pelaku yang menggunakan akaun iman_nasrul90 itu bertindak menghantar beberapa mesej ugutan yang ditujukan kepada penyanyi itu dan keluarganya.

Berdasarkan mesej tersebut, si pelaku seakan berang apabila mesejnya tidak dibalas, lantas melayangkan ancaman untuk menyantau Syameer dan seluruh keluarganya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut IG penyanyi ini yang menulis di ruangan komen menasihatkan agar dia segera membuat laporan polis berkaitan ancaman yang diterimanya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya