"Interpol nak cari , memang tidaklah nak balik sekarang” - Caprice - Utusan Malaysia

“Interpol nak cari , memang tidaklah nak balik sekarang” – Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktivis kemanusiaan, Caprice mendedahkan telah bertindak membatalkan rancangan untuk pulang ke Malaysia setelah mendapat tahu pihak polis memohon bantuan Interpol untuk berhubung dengannya.

Caprice membuat pendedahan tersebut ketika bersiaran secara langsung di Instagram (IG) bersama pelakon, Azad Jasmin malam tadi.

“Saya sudah tempah tiket penerbangan (pulang) tetapi selepas baca tajuk berita hari ini, saya koyak tiket tersebut.

“Saya nak tanya, kalau Interpol cari anda, adakah anda nak balik ke Malaysia?

“Bila terima mesej Interpol nak cari saya, memang tidak lah saya nak balik sekarang,” katanya.

Terdahulu, Caprice memuat naik satu hantaran di laman IG miliknya memaklumkan nombor telefon yang digunakan olehnya.

Hantaran terbabit ditujukan kepada sesiapa termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu berhubung dengannya.

Difahamkan, hantaran dibuat selepas kenyataan pihak polis memohon bantuan Interpol untuk berhubung dengannya bagi merakam percakapan.

Permohonan itu dilakukan selepas pihak polis menghubungi Caprice dan Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman melalui e-mel namun gagal mendapatkan maklum balas daripada kedua-dua mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya