"InsyaAllah ada rezeki jumpa Ayash Affan (anak yang baru dilahirkan) hari ini" - Shuib - Utusan Malaysia

“InsyaAllah ada rezeki jumpa Ayash Affan (anak yang baru dilahirkan) hari ini” – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak, Shuib meluahkan rasa kegembiraan dan keterujaannya apabila dimaklumkan oleh pihak Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang dia berkemungkinan dapat melihat anaknya, Ayash Affan, hari ini.

Jelas suami Allahyarham Siti Sarah, dalam keseronokan untuk bertemu anak yang baru dilahirkan petang Jumaat lalu, perasaannya bercampur aduk.

“Insya-Allah kalau ada rezeki akan ke HUKM hari ini untuk melihat buat pertama kalinya, Ayash Affan. Anak-anak pun ada bertanya juga. Tak sabar nak tengok dan pegang dia.

“Tapi dalam masa sama saya juga rasa sangat sedih sebab emak dia tak sempat tengok dan pegang Ayash sebab ditidurkan.

“Dia (Sarah) menggadaikan dan diambil nyawanya hanya untuk memberikan satu hadiah buat saya juga kepada anak-anak lain. Sedih itu pasti, namun seluruh kehidupan Sarah untuk rezeki dan membahagiakan orang,” ujarnya.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pukul 5.13 pagi hari Isnin di HUKM selepas bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan selepas waktu Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Hasil perkongsian hidup hampir 11 tahun, pasangan Shuib dan Sarah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, Ayash Affan, (dilahirkan pramatang kandungan lapan bulan).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya