“Ini masanya cipta nama di Hollywood” - Thalia Rasul cari dana RM15,000 - Utusan Malaysia

“Ini masanya cipta nama di Hollywood” – Thalia Rasul cari dana RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Thalia Rasul berusaha keras mencari dana dan tajaan bagi membolehkannya mewakili negara dalam pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2021 di California, Amerika Syarikat (AS), pada Julai 2022.

Thalia, 33, yang pernah bergelar protege kepada Ziana Zain dalam program Mentor musim keempat berkata, kos yang diperlukannya adalah sekitar RM15,000.

“Ketika persaingan di peringkat nasional, saya berjaya meraih pingat emas, sekali gus layak mewakili Malaysia ke peringkat dunia di WCOPA 2021.

“Namun setiap peserta telah sedia maklum bahawa mereka perlu menanggung kos perbelanjaan termasuk tiket penerbangan pergi balik dan penginapan sepanjang berada di sana kelak,” beritahunya.

Dia yang kini cuma berniaga kecil-kecilan secara atas talian berharap agar ada badan korporat atau individu persendirian yang sudi menghulurkan bantuan demi merealisasikan impiannya mencipta nama di AS.

“Walaupun kosnya tinggi, saya seboleh-bolehnya ingin sahut cabaran ini kerana bukan mudah untuk dapat peluang ke sana.

“Inilah masanya untuk saya mencipta nama di pentas Hollywood. Saya berhasrat nak cari tajaan daripada tokoh politik atau ahli perniagaan terkenal,” ujar penyanyi lagu Diratah Hiba itu.

Selain Thalia atau nama penuhnya Ketty Natalia Rasul, turut tersenarai dalam kategori emas adalah seorang lagi penyanyi iaitu juara Mentor musim pertama, Pija Yasin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya