Ibu Syamel meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Syamel meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, telah meninggal dunia tepat pukul 10 malam tadi.

Berita duka itu disampaikan Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27 menerusi Instagramnya.

“Asalamualaikum. Allah lebih menyayangi umi.

“Umi saya Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada pukul 10 pm tadi.

“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” tulisnya.

Arwah, yang sekian lama dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur terpaksa ditidurkan pada 24 Julai lalu akibat kekurangan oksigen dalam badan.

Penyanyi lagu Lebih Sempurna itu sebelum ini memaklumkan keadaan ibunya tiada kena mengena dengan jangkitan wabak Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya