“Hip Hop mana akan wakili negara ke Sukan Olimpik Paris 2024?” - Joe Flizzow - Utusan Malaysia

“Hip Hop mana akan wakili negara ke Sukan Olimpik Paris 2024?” – Joe Flizzow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow menzahirkan keterujaannya apabila komuniti hip hop Malaysia berpeluang menyertai temasya Sukan Olimpik Paris 2024 akan datang.

Memaklumkan khabar baik itu di Instagram Story miliknya, penyanyi lagu Apa Khabar dan CIAO ini turut merakamkan ucapan tahniah kepada atlet kontinjen Malaysia yang baru pulang dari Olimpik Tokyo.

“Tahniah dan respek yang tidak terhingga kepada semua wira dan wirawati negara yang baru pulang dari Olimpik Tokyo. Anda semua sudah membuatkan Malaysia rasa bangga.

“Hari ini saya berasa teruja sebab aktiviti breaking akan menjadi acara terunggul di Sukan Olimpik Paris 2024. Kami (komuniti hip hop) sudah melobi fasal sukan breaking (tari) ini sejak dulu lagi.

“Berita baik ini ditujukan kepada semua penari hip hop di luar sana. Kita sudah berusaha keras untuk ke tahap hari ini,” luahnya.

Kata Joe, walaupun ada segelintir hip hop punya pendapat tersendiri tetapi baginya ini adalah langkah terbesar untuk hip hop dikenali sebagai sukan legit (sahih).

“Untuk ini saya menyeru semua hip hop, GBC, Kinobu, ECX, termasuklah yang yang sudah bersara. Masa untuk ambil serius, tiga tahun lagi kita akan ke Olimpik.

“Jadi siapa yang akan wakili Malaysia? Bayangkan hip-hop bawa pulang pingat emas, tidak mustahil,” tambahnya.

Sebagai informasi, terdahulu atlet B-Boy (penari hip-hop lelaki), Lego Sam atau nama sebenarnya Sam Lee Jek, selaku wakil kontinjen negara pernah mengharumkan nama Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-30 (2019) dengan menghadiahkan dua pingat emas.

Berdasarkan format pertandingan, peserta yang mengumpul mata tertinggi selepas empat pusingan tarian, diisytiharkan sebagai pemenang pertandingan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya