"Habis kebaikan arwah didewa, keaiban pula akan bermula..." -Jinggo - Utusan Malaysia

“Habis kebaikan arwah didewa, keaiban pula akan bermula…” -Jinggo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo menyeru orang ramai agar berhenti memuat naik hantaran berkaitan gambar serta video penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di media sosial.

Menerusi entri Instagram, Jinggo juga mempersoalkan tujuan mereka memuat naik berkaitan arwah tersebut adakah kerana simpati atau sekadar untuk menaikkan pengikut di media sosial masing-masing sahaja.

Menurutnya, dia berpendapat perbuatan seperti itu secara tidak langsung dapat membuka ruang dan peluang buat pihak lain bercakap mengenai insan yang telah kembali ke Rahmatullah.

“Berhentilah, cukup-cukuplah kamu semua memuat naik gambar dan video arwah. Atas tujuan apa? Nak simpati? Atau nak naikkan pengikut di Facebook serta Instagram?

“Tahu tak kenapa anda perlu berhenti? Sebab bila habis kecantikan arwah di jaja, keburukan arwah pula jadi penyambung cerita!

“Bila habis kebaikan arwah di dewa-dewa, keaiban arwah pula akan bermula. Faham ke tidak kenapa perlu berhenti sekarang? Biarlah arwah damai di sana,” tegasnya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia menegaskan semula agar warganet di luar sana tidak lagi menjaja kisah arwah demi kandungan media mereka.

“Arwah bukan lagu untuk didendang, bukan juga drama untuk diulang tayang.

“Cukuplah sehari dua berkongsi duka menzahirkan cinta mengenang jasa. Sudah-sudahlah semua sebelum sampai masa kita pula,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya