PETALING JAYA: Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa meluahkan rasa bangga dan teruja apabila wajahnya terpampang besar menerusi salah satu iklan digital di Times Square, New York.
Menerusi entri Instagram, dia memuat naik beberapa perkongsian yang menunjukkan dirinya sedang menghiasi iklan digital berkenaan di bandar tersebut.
“Yes, that’s your girl on the giant billboard!” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan peminatnya turut sama berbangga dengan pencapaian penyanyi lagu Pudar itu sekaligus mengucapkan tahniah kepadanya.
“Hebat Teh Ocha (nama panggilan Rossa), berbangga dengan awak!” komen seorang pengguna media sosial.
“Aku dari Malaysia, turut rada bangga dengan pencapaian kamu, Ocha!” tulis peminat menerusi ruangan komen.
Sebagai rekod, penyanyi terkenal dari Malaysia, Yuna dan penyanyi muda baharu, Layla Sania pernah juga menerima penghargaan yang sama seperti Rossa.