Giliran Vida pula dikecam kerana tiada sensitiviti - Utusan Malaysia

Giliran Vida pula dikecam kerana tiada sensitiviti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida, turut menimbulkan rasa kurang senang warganet apabila didakwa tiada sensitiviti mempromosi produk makanan menggunakan nama penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Menerusi entri Instagram, Vida memuat naik beberapa potongan video di Instastorynya yang dilihat dia mengenangkan semula perniagaan produk makanan yang terkandas sementelah penyanyi tersebut telah kembali ke Rahmatullah, pagi Isnin.

Dalam video berkenaan juga, dia dilihat sedang menjamah produk makanan tersebut dengan menunjukkan reaksi sedih.

Namun di penghujung video itu, usahawan tersebut mempromosikan produk makanan sambil meletakkan video arwah sebagai testimoni ketika sedang mencuba produk berkenaan.

Sehubungan itu, rata-rata warganet meluahkan rasa berang kerana mendakwa tindakannya itu atas dasar cuba bersimpati untuk meraih keuntungan sahaja.

“Kubur masih merah awak, rasionalnya biar orang bersedih. Bukan menarik perhatian orang ramai untuk mempromosi produk,” kata seorang pengikut.

“Dia memang tidak boleh tunggu sekurang-kurangnya dua bulan ke? Allahu marahnya tengok video ini. Faham arwah nak turut sertai hasilkan makanan itu, tapi tunggulah beberapa bulan,” tambah seorang pengikut lagi.

“Hampa ini kena periksa doktor, otak tercabut ke? Saya terpaksa senyapkan video tersebut kerana awak tidak memahami sensitiviti,” kata pengguna Twitter terhadap tindakan Vida,” coret seorang pengikut.

Dalam pada itu, penyanyi I Am Me itu sempat mendedikasikan satu coretannya terhadap hasrat arwah, sambil menjamah dan mempromosi produk makanan itu.

“Lima bulan lepas, Siti Sarah jumpa saya menyatakan hasarat untuk keluarkan satu produk makanan. Dengan usaha sama maka terhasillah Unagi Fish Cod ini.

“Namun, tergantung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini impian hasrat, saya rasa tersangkut dengan impian arwah,” katanya menerusi Instastory.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya