Dr. Qaley hasilkan kamus bahasa Azerbaijan-Melayu - Utusan Malaysia

Dr. Qaley hasilkan kamus bahasa Azerbaijan-Melayu

Kamus bahasa Azerbaijan-Melayu ditulis sendiri oleh Duta Besar Azerbaijan di Malaysia, Dr. Qaley Allahverdiyev.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menjalin dan menjaga hubungan baik antara negara boleh dilakukan dengan pelbagai cara serta kaedah.

Selain hubungan diplomasi, pertukaran teknologi dan kerjasama ekonomi, mempelajari dan memahami bahasa asing juga merupakan kaedah efektif menghubungkan antara negara, terutamanya sesama rakyat.

Kamus bahasa Azerbaijan-Melayu ini, sangat menarik untuk diperkatakan kerana ianya ditulis sendiri oleh Duta Besar Azerbaijan di Malaysia, Dr. Qaley Allahverdiyev.

Menurut Qaley, sekalipun terdapat kemajuan besar dalam teknologi maklumat hari ini, kamus masih mengekalkan peranan penting dalam komunikasi antara pelbagai negara.

“Berasal dari latar belakang akademik di samping kerjaya sebagai seorang diplomat, saya merasakan sangat baik sekiranya saya dapat menyumbang sesuatu dalam perkara (penulisan) ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Qaley turut memperkatakan tentang potensi besar dalam kerjasama pelancongan antara Azerbaijan dan Malaysia.

Kerjasama ini boleh dilihat sejak penghujung 2019, menerusi sokongan dan inisiatif Kedutaan Besar Azerbaijan.

Wakil daripada 220 syarikat pelancongan dari Malaysia elah mengunjungi Azerbaijan bagi menerokai potensi negara ini untuk dijadikan destinasi baharu untuk rakyat Malaysia.

Di samping itu, mereka turut melihat minat yang tinggi dalam kalangan warga Azerbaijan tentang Malaysia khususnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pihak Azerbaijan juga yakin setelah berakhirnya pandemik Covid-19, jumlah pelancongan kedua-dua negara dijangka saling meningkat.

Sehubungan itu, kamus ini boleh memberi manfaat kepada warganegara di kedua-dua buah negara.

Kamus ini terdiri daripada beberapa bahagian asas termasuk maklumat ringkas mengenai latar belakang sejarah bahasa Melayu, tatabahasa, corak percakapan, kawasan-kawasan dan situasi tertentu seperti berkenalan, hotel, membeli-belah, adat dan sebagainya.

Naskhah ini diterbitkan syarikat percetakan terkemuka Azerbaijan, Chashioglu.

Namun, kamus ini bukan untuk dijual, sebaliknya pihak Azerbaijan akan mengedarkan sejumlah besar kamus ini di perpustakaan awam, institusi pendidikan, syarikat pelancongan dan sebagainya bagi mencapai lebih banyak pembaca.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya