PETALING JAYA: Pengacara, Dayah Bakar, memohon semua warganet mendoakan kesihatan ibu bapanya yang disah positif Covid-19 dan kini dirawat di sebuah hospital.
Menerusi Instagram, Dayah memaklumkan bapanya kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) akibat virus berkenaan.
“Pohon semua untuk mendoakan kesembuhan abah saya, Abu bakar Johari, yang kini berada di ICU. Juga, doakan mak saya, Halimatul Kamaliah Abdul Rahim, untuk sembuh sepenuhnya.
“Doa anda semua sangat bermakna buat saya dan keluarga. Semoga Allah merahmati kebaikan anda. Terima kasih,” coretnya ringkas.
Sebelum ini, pengacara itu berkongsi satu berita sedih apabila kedua ibu bapanya disahkan positif Covid-19, lima hari lepas.
Seterusnya, dia yang kini berhijrah ke luar negara berasa sedih dan akui dirinya tidak keruan beberapa hari lepas ekoran penyakit yang dialami ibu bapanya itu