KUALA LUMPUR: Usahawan dan selebriti terkenal, Datuk Seri Vida kesal apabila dia terus menerus menerima kecaman warganet selepas melancarkan produk baharunya, Sejadah Doa Makbul baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman berkata, pemilihan nama sejadah tersebut disalah erti oleh segelintir pihak sehingga ada yang melabelnya sebagai seorang penunggang agama.
“Di cop penunggang agama. Disalah erti sebab saya jual sejadah baldu yang diberi nama, Sejadah Doa Makbul,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Vida tetap berterima kasih kepada peminatnya yang terus memberikan kata semangat di kala ramai yang mengecamnya.
“Saya mendapat banyak kecaman daripada warganet, netizen tapi Alhamdulillah masih ada yang bersama saya. Terima Kasih,” kongsinya.