Diana Amir ajak tonton Habibullah dan Kalimullah - Utusan Malaysia

Diana Amir ajak tonton Habibullah dan Kalimullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Diana Amir mengajak orang ramai untuk menonton dua siri animasi, Habibullah dan Kalimullah yang kini mula ditayangkan di platform digital Nurflix.

Diana yang juga Penerbit Eksekutif Nurflix Junior menyifatkan dua sirah kenabian itu sebagai kandungan wajib tonton yang bermanfaat untuk seisi keluarga.

“Penonton dapat belajar Bahasa Arab dengan mudah dan menyeronokkan dengan adanya sari kata Bahasa Melayu.

“Selain visual menarik dan menghiburkan, penonton dihidangkan dengan pelbagai fakta yang jarang ditengahkan dalam penceritaan kisah nabi dan rasul,” katanya dalam kenyataan.

Siri animasi Habibullah mengupas kisah perjalanan kehidupan Rasulullah SAW dari saat kelahiran sehinggalah pertempuran Badar terakhir.

Siri animasi Kalimullah pula menceritakan kisah hidup Nabi Musa A.S bermula saat kelahiran sehingga peristiwa berdepan Firaun.

Dua siri animasi ini boleh ditonton menerusi platform digital Nurflix yang boleh dimuat turun dengan aplikasi Apple Appstore atau Google Playstore.

Layari https://nurflix.tv untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya