"Dengan keyakinan, gadis kampung seperti Nana pun boleh berjaya" - Siti Nordiana - Utusan Malaysia

“Dengan keyakinan, gadis kampung seperti Nana pun boleh berjaya” – Siti Nordiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Siti Nordiana meluahkan rasa syukur sekali gus menzahirkan penghargaan kepada pihak Astro Malaysia kerana memberi peluang mewarnai kembali industri seni tanah air.

Menerusi entri Instagram, penyanyi popular lagu Terus Mencintai itu sempat mengimbau kembali kenangan perjalanan karier seninya sebagai seorang penyanyi.

“Nana rasa tak percaya bila lagu saya keluar di radio pertama kali. Masa itu baru berusia 15 tahun.

“Selepas itu, Nana berehat lama dalam industri hiburan. Namun, Astro Malaysia telah memberi Nana peluang untuk mewarnai kembali dunia seni tanah air,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia yang mesra disapa Nana itu turut menyatakan anak dan keluarga adalah tulang belakangnya untuk sentiasa bermotivasi serta terus bangkit dalam kariernya.

Malah, Nana juga menitipkan semangat orang ramai di luar sana agar tidak mudah berputus asa untuk mengapai impian yang diidamkan.

“Keluarga dan anak selalu di belakang Nana masa jatuh serta naik. Merekalah motivasi untuk Nana bangkit semula!

“Jangan pernah putus asa! Kita kena kuat dan perlu ada niat yang betul sebelum melakukan sesuatu.

“Dengan keyakinan gadis kampung seperti Nana pun boleh berjaya. InshaAllah,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya