“Bolehlah daripada tiada, lepas itu balik semula ke dalam sarang” - Aril Pilus - Utusan Malaysia

“Bolehlah daripada tiada, lepas itu balik semula ke dalam sarang” – Aril Pilus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara terkenal, Aril Pilus berkongsi cara tersendiri bersama-sama keluarga kecilnya untuk makan di luar di kala musim pandemik Covid-19 ini.

Menerusi entri Instagram, pengacara rancangan CCTV itu memuat naik satu hantaran gambar bersama isteri serta anakanda tercintanya di dalam kereta sambil menikmati makanan yang telah dibelinya.

Hal ini demikian kerana, Aril mengambil langkah berjaga-jaga untuk makan di dalam kereta walaupun kerajaan sudah membenarkan dine-in di restoran.

Sekali gus, ia adalah salah satu inisiatifnya dapat membawa keluarga terutama cahaya matanya itu menikmati permandangan di luar setelah sekian lama terperap di dalam rumah.

“Lama sangat terperap dalam rumah, beluncas dalam kepompong pun sudah menjadi rama-rama. Kesian dekat anak, baru dia tahu ada makhluk lain yang hidup selain ibu bapa dia di rumah.

“Bukan jauh pun, dekat-dekat kawasan rumah sahaja. Beli mi mamak satu bungkus dan makan berkongsilah kami dalam kereta. Bolehlah daripada tiada, selepas itu baliklah semula ke dalam sarang.

“Menanti hari yang mendatang. Entahkan gelap entahkan terang. Cuma berpandukan khabar yang tidak pernah tenang, harapkan yang ditatang? Sampai bila pun tidak akan berterus-terang. Tidak mengapa, kita ada Allah. InsyaAllah, semuanya akan tenang,” tulisnya.

Sebagai informasi, kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap diperluaskan termasuk aktiviti ‘dine in’ dibenarkan di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perkara itu diumumkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan keputusan berkenaan dicapai dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), beberapa hari lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya