"Bila terfikir anak, perkara negatif jadi positif..." - Elyana - Utusan Malaysia

“Bila terfikir anak, perkara negatif jadi positif…” – Elyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal, Elyana berkongsi cara dirinya sentiasa kekal positif walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran serta masalah.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Tak Tercapai Akalmu itu memberitahu anak-anak kecilnya adalah salah satu sumber dia sentiasa kekal positif.

“Banyak, tapi salah satunya anak-anak. Bila terfikir anak sahaja, perkara negatif jadi positif.

“Selain itu, sakit jadi tak sakit serta tak boleh jadi boleh,” kongsinya di Instagram.

Dalam entri yang sama, ada peminatnya juga menyedari dan menegur perubahan fizikal Elyana yang kelihatan sedikit berisi.

Menerima pertanyaan tersebut, penyanyi itu mengakui berat badannya yang terkini sudah mencapai 49 kilogram (kg) berbanding sebelum ini hanya 35 gg sahaja.

Sebelum ini, Elyana menjalani rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul bagi merawat penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya.

Terdahulu, semasa menerima rawatan di hospital, dia memaklumkan kesukaran bernafas akibat kanser yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu serta beratnya pada ketika itu hanya 35kg sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya