"Berkat manjakan ibu bapa dan bahagiakan keluarga..." -Mas Khan - Utusan Malaysia

“Berkat manjakan ibu bapa dan bahagiakan keluarga…” -Mas Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur kehadrat Ilahi atas limpah rezekinya dapat menghadiahkan kereta mewah jenis Porsche buat ibu kesayangannya.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu memuat naik satu video yang berkongsi reaksi ibunya apabila melihat kereta tersebut.

Kongsi Mas Khan, kejayaan yang diperoleh selama ini adalah berkat doa daripada keluarga terutama orang tuanya.

“Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, ini berkat doa ibu, berkat saya saya manjakan ibu bapa serta berkat bahagiakan keluarga.

“Rahmat yang saya dapat nikmat ini semua kerana Dia. Betul, Tuhan tidak membiarkan hambanya bersendirian.

“Dengan usaha semata-mata kita boleh mengubah hidup sekelip mata dengan izin Dia serta berkat keluarga kita,” katanya di Instagram.

Dalam pada itu, Mas Khan turut berkesempatan meniupkan semangat buat orang ramai agar bersabar dalam berjuang untuk berjaya di kemudian hari.

“Sabarlah dalam perjuangan, sabarlah bila jatuh serta bila hendak meniti jalan, yang menang selalu di akhir cerita.

“Yang penting kita ‘berkehendak inginkan sesuatu’, kita mampu capai InsyaAllah.

“Selain itu, bukan Porsche yang ingin saya sampaikan, tetapi nilai sesebuah kereta itu yang membuatkan saya menilai hidup dari perspektif yang berbeza” coretnya panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya