"Berbalik kepada matlamat saya" - Fazura jual tudung dengan harga mampu milik - Utusan Malaysia

“Berbalik kepada matlamat saya” – Fazura jual tudung dengan harga mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fazura yang kini aktif dengan bisnes menjual tudung jenama sendiri berharap dengan harga mampu milik serendah RM27, produk tudungnya dapat dimiliki wanita di luar sana.

Menurut pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2, pada awalnya ramai yang tidak percaya dia menjual tudung dengan harga serendah itu, namun dia mempunyai sebab tersendiri.

“Niat saya nak semua orang pakai dan mampu beli. Sebagai seorang ahli bisnes saya mesti bersikap jujur dan ikhlas. Benar sebagai peniaga nak untung dan hasilkan duit, saya boleh saja kalau mahu lakukan. Tapi berbalik pada matlamat (niat) saya.

“Kalau saya sendiri pun nak beli tudung yang berharga lebih RM50 terasa macam mahalnya, kalau bawah harga itu kira mampu milik. Jadi kenapa tidak jual dengan harga lebih mampu milik,” jelasnya menerusi siaran langsung Instagram.

Dalam masa sama, Fazura menjelaskan dengan lebih lanjut kenapa harga tudungnya serendah itu.

“RM27 adalah angka yang baik dan salah satu sebab lain ialah tarikh lahir saya dan hari Fattah malamar,” jelasnya sebagai simbolik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya