Bapa Siti Sarah turut bersedih - Utusan Malaysia

Bapa Siti Sarah turut bersedih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bapa kepada penyanyi dan selebriti usahawan, Siti Sarah, Raisuddin Hamzah, turut bersedih dan bimbang dengan keadaan anaknya yang kini masih belum sedar dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras sejak semalam.

Menurut pengurus penyanyi tersebut, Nana Mohd Rom, bagaimanapun Raisuddin meminta maaf kerana enggan ditemu bual oleh mana-mana pihak media buat masa ini.

“Kami di pihak pengurusan sedia maklum akan keadaan Raisuddin yang juga tentunya sedang bersedih dengan keadaan anaknya.

“Dia ada memaklumkan tentang perkara itu kepada kami, tetapi minta semua pihak terutama media untuk menghormati keputusannya enggan ditemu bual buat masa sekarang.

“Cukuplah anda semua tahu bahawa dia sebagai bapa tentunya teramat sedih dengan keadaan Sarah dan mengharapkan yang sama, agar ada perkembangan yang positif dan mahu menyaksikan Sarah sihat seperti sedia kala,”katanya.

Nana berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia petang tadi.

Selain itu, menurut Nana, Raisuddin bagaimanapun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama mendoakan kesembuhan buat anaknya termasuk mereka yang melakukan usaha bacaan Yassin buat Sarah sekeluarga.

Terdahulu, penyanyi lagu Semakin itu dilaporkan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditidurkan ekoran oksigen dalam badannya tidak stabil.

Bagaimanapun, menurut suaminya, Shuib Sepahtu menerusi satu hantaran di Instagram tadi, tahap oksigen isterinya meningkat pagi ini berbanding malam semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya