Ayam pandan ringkas, menggunakan satu bahan sahaja - Utusan Malaysia

Ayam pandan ringkas, menggunakan satu bahan sahaja

Ayam pandan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ayam pandan, antara menu yang sering dipesan untuk dinikmati apabila berkunjung ke restoran makanan Thai. Sedap sungguh kalau dapat makan ayam pandan ini bersama nasi panas.

Tak sabar rasanya untuk makan apabila terhidu aroma wangi ayam, dibakar bersama daun pandan.

Kalau anda teringin hendak makan ayam pandan, boleh cuba resipi sumbangan Elaine Tan ini. Ia hanya menggunakan satu bahan iaitu perencah bihun goreng Adabi.

Ayam perlu diperap selama tiga jam. Kalau hendak lagi sedap, boleh perap semalaman sebelum dibakar pada keesokan harinya.

Setelah ayam diperap, boleh bakar ayam yang dibalut daun pandan ini di dalam air fryer selama 20 minit. Selamat mencuba.

Resipi ayam pandan

Bahan-bahan:

500gm dada ayam -(potong ketul) boleh dapat dalam 25 ketul.
2 bungkus perencah bihun goreng adabi
2 sudu besar minyak
Daun pandan
Pencungkil gigi/ batang satay

Cara penyediaan:

1-Perap dada ayam dengan perencah bihun goreng adabi dan minyak selama tiga jam.

2-Ambil daun pandan dan potong. Bersihkan daun pandan sebelum digunakan.

3-Gulung ayam dengan daun pandan.

4-Cucuk dengan pencungkil gigi atau batang satay.

5-Susun ayam ini dalam air fryer.

6-Masak 20 minit pada suhu 180°C. Selepas 10 minit, pusing ayam. Masak semula selama 10 minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya