Almarhumah banyak buat kerja amal – Saifuddin Abdullah - Utusan Malaysia

Almarhumah banyak buat kerja amal – Saifuddin Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah merakamkan salam takziah buat Shuib dan keluarga di atas pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi ke negeri abadi awal pagi Isnin lalu.

Beliau yang hadir bersama isteri, Datin Norlin Shamsul Bahri pada malam majlis tahlil dan bacaan yassin malam semalam, berkata, Norlin selalu mengikuti rapat perkembangan Sarah ketika hayatnya.

“Bila mendengarkan perkhabaran itu, kami berdua terkejut… kami mengucapkan takziah Shuib dan keluarga.

“Sama-samalah kita mendoakan buat arwah. Insya-Allah Almarhumah orang baik, saya ada membaca tentangnya. Malah kak lin (panggilan Norlin) selalu mengikuti perkembangan Sarah yang banyak membuat kerja amal.

“Semoga arwah ditempatkan di syurga firdaus Insya-Allah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya