“Alhamdulillah dah buka mata" - Shuib kongsi khabar abang ipar - Utusan Malaysia

“Alhamdulillah dah buka mata” – Shuib kongsi khabar abang ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti, Shuib atau Shahmira Muhamad berkongsi khabar gembira abang iparnya, Ahmad Firdous Raissuddin sudah sedarkan diri, hari ini.

Memaklumkan berita itu di Instagram (IG) miliknya, Shuib berharap orang ramai terus memanjatkan doa buat kesihatan abang iparnya termasuk mereka yang turut berjuang sama dalam situasi sama.

“Allahuakbar! Allah Maha Besar! Syukur sudah buka mata! Terima kasih kepada yang mendoakan.

“Tapi kita sambung lagi doa untuk yang lain yang sedang bertarung nyawa. Kita nak semua orang kembali sihat! Balik jumpa keluarga, perkenankanlah, syukur Ya Allah,” ujarnya.

Sebelum ini abang Allahyarham Siti Sarah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) awal pagi Khamis akibat jangkitan wabak Covid-19 .

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya