“Akhir-akhir ini saya kurang sihat” - Eina Azman selamat jalani pembedahan - Utusan Malaysia

“Akhir-akhir ini saya kurang sihat” – Eina Azman selamat jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Paduka Eina Azman selamat menjalani pembedahan di leher di Hospital Gleneagles, hari ini.

Jelas Eina, keadaan kesihatannya kebelakangan ini kurang sihat dan ramai yang bertanyakan tentang penyakit yang dialami, namun dalam perkongsian tersebut tidak dinyatakan secara terperinci.

“Alhamdullilah selepas enam jam, saya sudah bangun. Ramai yang WhatsApp dan mesej tanya saya kenapa tiada perkongsian apa-apa di Instagram. Pula, masih terlalu ramai yang nak tahu saya sakit apa.

“Akhir-akhir ini tahap kesihatan saya kurang sihat. Saya sudah pernah buat biopsi sebanyak empat kali di leher dari tahun 2016 sehingga hari ini dan sakit saya masih tidak hilang.

“Hari ini saya berjaya jalani pembedahan selepas dua tahun sebab tempat biopsi yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit,” tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsian di IG, dapat dilihat leher Eina diletakkan kain pada bahagian yang dibedah. Malah Eina juga memberi signal dua jari tanda baik-baik saja.

“Diharapkan selepas pembedahan ini, sakit saya akan hilang selamanya, doakan saya,” pintanya.

Terdahulu, Eina juga berkongsi video pendek di Instagram Story sebelum menjalani pembedahan.

“Doakan saya ya (sambil melambai tangan),” pohon Eina kepada suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya