AMERIKA SYARIKAT: “Saya akan pakai banyak, lebih kurang 10 pasang,”.
Itu kata bintang terkenal Hollywood, Paris Hilton yang akan melaram sepanjang tiga hari pada majlis perkahwinnya tahun ini.
Pewaris empayar Hilton berkata demikian ketika ditemu bual oleh Jimmy Fallon dalam program hiburan The Tonight Show, baru-baru ini.
Paris yang mengesahkan pertunangannya bersama lelaki pilihan, Carter Milliken Reum pada 13 Februari lalu, berkata, dia kini sedang membuat persiapan dan bakal didokumentarikan khas buat peminat kesayangannya.
“Kami sedang mempersiapkan dari segenap segi tapi ternyata terlalu tertekan. Cuma apa yang sudah saya buat adalah memilih 10 pasang baju kahwin. Banyak bukan? (tertawa kecil) tapi saya bukannya bridezilla (obses dalam persiapan perkahwinan).
“Dalam pada itu, saya juga mahu peminat tahu macam mana saya berjumpa dengan putera pilihan menerusi dokumentari,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, sebelum ini Paris sudah menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dan berharap dikurniakan anak kembar bersama tunangnya.
“Malah kami juga sudah ada nama untuk bayi kami. Saya sangat teruja untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam hidup saya dan akhirnya kehidupan saya bakal sempurna,” luahnya.