Tuah Imran jadi jiran Mat Sentul - Utusan Malaysia

Tuah Imran jadi jiran Mat Sentul

IMRAN AJMAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi yang popular dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain, 41, mendedahkan dirinya berasa bertuah kerana pernah hidup berjiran dengan Mat Sentul yang merupakan pelakon legenda seiring dengan zaman kegemilangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Aziz Satar dan S. Shamsuddin.

Menurut Imran, antara kenangan menarik ketika zaman kanak-kanaknya membesar sebagai jiran Mat Sentul ialah sering ditawarkan untuk membintangi iklan-iklan makanan ringan yang diusahakan oleh pelawak dan pelakon tersebut.

“Pada dekad 80-an, Mat Sentul rancak dengan produksi iklan makanan ringan yang dinikmati kanak-kanak. Lalu saya ditawarkan peluang untuk muncul dalam beberapa buah iklan di kaca televisyen.

“Antara produk Mat Sentul ialah makanan ringan Ding Dang, Tora, JoJo dan banyak lagi,”katanya dalam satu hantaran yang dikongsikan dalam Instagram semalam.

DING Dang adalah antara makanan ringan kegemaran kanak-kanak yang dipopularkan oleh Mat Sentul pada era 70-an dan 80-an dahulu.

Selain itu, menurut Imran, hidup berjiran dengan Mat Sentul juga mencipta kenangan manis buatnya sekeluarga memandangkan rumahnya tidak pernah kekurangan dengan makanan ringan buat kudapan.

“Sentiasa ada bekalan makanan baru, perisa baru, mainan baru untuk dikumpul. ‘Tora datang lagi!’ adalah cogan kata khusus buat kami dan jajanan ini diberi nama kolektif ‘apa-apa’.

“Nak beli ‘apa-apa’ di kedai runcit. Hari-hari nak beli ‘apa-apa’. Sempena Hari Coklat Sedunia, saya bukan sahaja meraikan coklat tetapi kenangan makanan ringan dan iklan-iklan yang mengiringi zaman kanak-kanak kami untuk semua generasi 70-an dan 80-an,” katanya.

Perkongsian Imran itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut dan peminatnya yang rata-ratanya masih mengingati jenama makanan ringan tersebut termasuk iklan legenda tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya