“Tiada manusia yang tak pernah lakukan kesalahan” - Keluarga maafkan Ardi Bakrie dan Nia Ramadhani - Utusan Malaysia

“Tiada manusia yang tak pernah lakukan kesalahan” – Keluarga maafkan Ardi Bakrie dan Nia Ramadhani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pengusaha teknologi terkenal Indonesia, Anindya Bakrie memberitahu bahawa pihak keluarga telah memaafkan Ardi Bakrie dan Nia Ramadhani ekoran tuduhan penyalahgunaan dadah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di entri Instagram, Anindya yang merupakan abang kepada Ardi, menyatakan kedua-duanya telah menyedari kesalahan mereka dan telah meminta maaf kepada keluarga serta masyarakat.

Tambahnya lagi, pihak keluarganya juga sudah memberi nasihat buat Nia dan Ardi sebagai memperbaiki kehidupan mereka pada masa akan datang.

“Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan, baik besar mahupun kecil. Demikian pula dengan kedua adik saya, Ardi dan Nia.

“Keduanya telah menyedari kesalahannya dan meminta maaf dengan tulus, baik kepada keluarga mahupun masyarakat. Kami sekeluarga telah memaafkan dan memberi nasihat mendalam buat mereka. Semoga ini menjadi catatan berharga untuk perbaiki hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Anindya turut mengambil kesempatan, meminta semua pihak memberi peluang kepada adik dan adik iparnya itu untuk menjadi seorang yang lebih baik.

“Sebagai abangnya, izinkan saya juga memohon agar dibuka pintu kemaafan seluas-luasnya serta memberi peluang keduanya untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para sahabat dan masyarakat yang telah memberikan keterangan, simpati serta segala bentuk sokongan. Selama ini Ardi dan Nia yang selalu membantu saya ketika waktu sukar. Kini masanya saya perlu memberikan sokongan serta semangat yang sama,” coretnya menerusi hantaran tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya