KUALA LUMPUR: Pelakon Mr. Gray, Fendy Bakry meluahkan rasa syukur apabila pendaftaran untuk pembedahan ibunya yang menghidap barah payu dara akhirnya berjaya selepas beberapa kali tertangguh.
Menerusi Instagram, Fendy turut meluahkan rasa kasihan terhadap pesakit-pesakit yang terpaksa menunggu pendaftaran untuk pembedahan berjaya kerana bilik pembedahan digunakan untuk menampung pesakit Covid-19.
“Pendaftaran untuk ke wad hari ini berjaya. Kasihan pesakit -pesakit di luar sana yang perlu menangguh pembedahan besar. Sebab itu aku selalu berbunyi sebab banyak penangguhan dala masa sekarang.
“Stay safe semua. Semoga kes makin berkurangan dan bilik pembedahan boleh dibuka seperti sedia kala,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Fendy juga memohon doa daripada peminat supaya pembedahan ibunya selamat dan boleh kembali sembuh secepat mungkin.
“Semoga semuanya selamat dengan hendak-nya. Terus kuat dan bersemangat wahai bonda. Semoga diberi kesembuhan,” katanya.