JAKARTA: Aktor terkenal negara seberang, Gading Marten mendedahkan sering diserang paranoid melampau pada waktu-waktu tertentu akibat gangguan makhluk halus yang dialaminya sebelum ini.
Menurut portal Liputan6, bintang Love For Sale ini memberitahu dirinya sering ketakutan ketika terbangun di tengah malam selepas kejadian mengerikan itu.
“Dahulu, saya melihat makhluk hitam yang terlalu besar selepas terjaga daripada tidur. Dia berbentuk!
“Somehow, kalau melihat syaitan, kita tahu, tetapi tidak dapat gambarkan. Terlalu besar!” katanya yang hanya mampu menangis dan tidak berbuat apa-apa ketika melihat makhluk berkenaan.
Bekas suami kepada pelakon, Gisel ini memberitahu, kejadian itu memberi kesan kepada psikologinya sehingga membuatkan dia mudah ketakutan.
“Saya berani menonton filem seram jika berteman. Tetapi, kesan ketakutan selepas menontonnya akan berlanjutan seminggu dua, membuatkan saya tidak dapat tidur malam.
“Sehingga kini, saya akan menolak sebarang tawaran berlakon filem seram. Rakan-rakan tahu saya seorang penakut,” katanya lagi.
Tembah pelakon ini lagi, dia tidak dapat mengawal ketakutannya ketika terjaga daripada tidur sekitar waktu tengah malam.
“Sampai sekarang saya masih ketakutan. Lebih-lebih lagi ketika malam Jumaat. Apa yang menghairankan, sehingga kini saya sering terjaga setiap kali jam menunjukkan pukul tiga pagi,” ceritanya.