“Tak hadap untuk tular, media sosial saya bukan tempat untuk bermakian” -Erma Fatima mohon maaf - Utusan Malaysia

“Tak hadap untuk tular, media sosial saya bukan tempat untuk bermakian” -Erma Fatima mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima, memohon maaf secara terbuka di entri Instagramnya ekoran telah menimbulkan berang dan kurang senang warganet setelah dilihat memberi pendapat terhadap isu pempengaruh, Carl Samsudin, sebelum ini.

Menurut Erma, dia terpaksa menutup ruangan komen di semua platform media sosialnya apabila menerima kecaman dan cacian daripada segelintir warganet berhubung isu terbabit.

“Saya ingin meminta ampun dan maaf kepada semua kerana terpaksa menutup ruangan komen di Instagram. Sejak kes Carl ini, terlalu banyak bermaki-makian di platform saya dan itu adalah suatu perkara yang tidak bagus.

“Saya juga tidak perlu orang lain turut sama menggalakkan makian. Lagi pun isu pempengaruh berkenaan, saya tidak perlu turut sekali tular kerana saya ada prinsip sendiri, malah anda pun sama,” katanya menerusi video berkenaan.

Dalam pada itu, dia turut akui dirinya terkilan dengan pengguna media sosial yang tidak menjaga adab dan pertuturan di dalam media sosial.

“Saya tidak menggunakan bahasa yang kurang baik terhadap anda malah juga Carl, media sosial saya bukan untuk tempat bermaki-makian.

“Maka saya terpaksa tutup buat seketika ini untuk meredakan emosi anda semua. Akui koyak dan rabak lihat anak bangsa saya yang kononnya bercerita tentang adab, tetapi peradaban dalam sosial media, Nauzubillah.

“Instagram saya bukan tempat orang yang tiada peradaban dalam berbicara! Moga anda mendapat hidayah dalam peradaban menegur salah orang,” ujarnya lagi.

Terdahulu, di kala ramai menunjukkan ketidak puasan hati dan berang terhadap usahawan, Carl Samsudin yang diperkatakan tidak beradab dengan seorang warga emas namun pengarah itu turut tampil memberi pendapat yang sebaliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya