PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Nabila Huda, menitipkan rasa syukur apabila diberikan kesempatan untuk dirinya mendalami kitab-kitab berkaitan agama pada waktu ini.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon itu, menerusi entri Instagram terkini yang dimuat naiknya.
Di samping itu, dia sekeluarga juga telah menghabiskan dua jenis kitab dan akan melangkah masuk kepada kitab ketiga pula pada minggu hadapan.
“Kitab kedua dah nak khatam. Pada minggu hadapan, kami sekeluarga dah masuk kitab ketiga, Bidayatul Hidayah.
“Saya bersyukur sangat dengan waktu percuma yang ada ini. Terlalu banyak sangat ilmu yang saya belajar! Alhamdulillah,” kongsinya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha murni itu sekaligus mendoakan semoga terus istiqamah dengan amalan yang dilakukannya itu.