Syarikat produksi ‘kantoi’ penggambaran haram, FINAS beri amaran - Utusan Malaysia

Syarikat produksi ‘kantoi’ penggambaran haram, FINAS beri amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berjaya mengenal pasti syarikat produksi yang ingkar dengan menjalankan aktiviti penggambaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa Pertama.

Menerusi satu kenyataan, operasi serbuan dilakukan ke atas sebuah premis di Sunway Velocity Cheras pada 29 Jun lalu, dikendalikan oleh Unit Penguatkuasa, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, produksi berkenaan akan dikenakan tindakan sewajarnya.

“Hasil serbuan tersebut mendapati bahawa terdapat aktiviti penggambaran filem yang dijalankan di premis berkenaan ketika PKP 3.0 fasa pertama.

“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas pihak berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244),” katanya.

Pesan Ahmad Idham lagi, semua syarikat produksi hendaklah terus mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membendung kes penularan pandemik COVID-19.

FINAS juga mengalu-alukan sebarang aduan daripada masyarakat awam untuk melaporkan kepada agensi tersebut sekiranya mendapati berlaku pelanggaran SOP melibatkan aktiviti penggambaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya