‘Sikap positif, ambil peduli’ – resipi gaya hidup baru Amelia Henderson - Utusan Malaysia

‘Sikap positif, ambil peduli’ – resipi gaya hidup baru Amelia Henderson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Amelia Henderson cuba mengamalkan sikap positif yang dipelajari menerusi watak lakonannya dalam drama terbaharu, Cik Ayu Mee Sanggul terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Menurut Amelia Thripura Henderson atau Amelia Henderson, 25, pada masa sama watak Cik Ayu juga seorang yang ambil peduli terhadap orang sekelilingnya.

“Saya rasa sikap positif apabila menerima satu-satu dugaan dalam hidup dan Cik Ayu juga seorang yang sangat tidak mementingkan diri sendiri, malahan ambil peduli terhadap orang lain dalam kehidupannya.

“Itu pelajaran yang saya cuba nak amalkan dalam kehidupan seharian. Macam mana nak kekal positif dalam apa jua dugaan dan ujian yang dialami,” ujarnya dalam satu sesi sidang media baru-baru ini.

Berkongsi mengenai gandingan lakonan kali pertama bersama aktor terkenal, Aqasha, baginya proses dalam menghidupkan watak dan jalan cerita berjalan dengan lancar.

“Kami akan selalu berbincang tentang macam mana nak hidupkan watak pada babak-babak yang ada. Alhamdulillah proses itu dipermudahkan dan dilancarkan,” kongsinya.

Senada dengan Amelia, Aqasha mengagumi bakat anak muda itu dan selesa untuk bekerjasama kerana memiliki pengalaman yang bagus.

“Kami sedia maklum dengan tuntutan babak, jadi sentiasa berusaha untuk ke arah matlamat yang sama. Walaupun dia muda, tapi saya percaya pengalaman dia dalam bidang lakonan pun sudah masak.

“Perkara itu sangat membantu untuk menghidupkan watak dalam sebuah babak bila mana seorang pelakon ada pengalaman. Saya rasa seronok bekerja bila sama-sama ada keserasian,” katanya.

Saksikan lakonan dua bintang itu bersama barisan pelakon lain seperti Aryan Adzrin, Iman Zulkarnain, Fimie Don, dan ramai lagi di slot MegaDrama Astro Ria (104) yang sedang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Turut membintangi naskhah arahan sutradara Idora dan penulis Nieza Nahar ialah Datuk Rosyam Nor, Dynas Mokhtar dan Cat Farish sebagai penampilan istimewa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya