Selesaikan perkara ini dengan cara paling hikmah - Adnin Roslan - Utusan Malaysia

Selesaikan perkara ini dengan cara paling hikmah – Adnin Roslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Adnin Roslan, 29, menyarankan pendakwah, Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice agar meleraikan perselisihan yang berlaku menerusi perbincangan secara baik tanpa mengheret orang awam dalam isu berkenaan.

Adnin atau nama sebenar Ahmad Adnin Roslan, 29, menerusi Instagramnya menegaskan fitnah akan timbul sekiranya kedua-dua pihak tidak berbincang untuk mencari penyelesaian.

“Kepada Caprice dan ustaz Ebit Lew, saya cadang masing-masing buatlah panggilan video, sama-sama bincang baik-baik. Selesaikan perkara ini dengan cara paling hikmah dan tidak mengheret orang awam. Jika tidak, akan berlaku pelbagai fitnah.

“Saya yakin, niat masing-masing baik, hanya berlaku salah faham serta benda boleh selesai Insya-Allah,” tulisnya.

Caprice sebelum ini hangat diperkatakan apabila dia mendedahkan teguran kepada Ebit selepas menerima rungutan penduduk Gaza tentang cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan.

Dia secara terbuka meluahkan kekecewaan dengan tindakan pendakwah terkenal itu yang menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza sebagai kandungan di media sosial.

Dalam perkongsian sama, Adnin turut menasihatkan orang ramai agar tidak masuk campur dan tidak menyemarakkan lagi api kemarahan dengan penghinaan dan kata-kata cacian.

“Nasihat saya, kita sebagai orang awam usahlah masuk campur, mengapi-apikan, mencaci maki, hina menghina mana-mana pihak. Lebih baik kita diam sekiranya kita tidak mampu berkata baik.

“Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya