"Sedang cari durian, motosikal hilang kawalan" - Achey - Utusan Malaysia

“Sedang cari durian, motosikal hilang kawalan” – Achey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyanyi, Achey Bocey, 35, selesai menjalani pembedahan selepas terlibat dalam kemalangan ketika bersiar-siar menaiki motosikal untuk mencari durian awal pagi semalam.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah yang tampil secara langsung di Instagramnya sebentar tadi memaklumkan dia mengalami kecederaan pada kedua-kedua tangannya dan terpaksa menjalani pembedahan dengan segera.

“Semalam sebaik tiba di hospital, saya diarahkan untuk berpuasa sebelum dibedah. Saya hanya sedarkan diri selepas pukul tiga pagi tadi.

“Sini (tangan kiri) dibedah, patah. Yang sini (tangan kanan) retak, agak dahsyat juga retaknya dan telah disimen,” katanya yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di Batu Pahat, Johor.

Dalam masa yang sama, Achey yang ditemani isterinya , Nur Hasanah Yahaya menceritakan detik-detik cemas ketika kemalangan.

“Kejadian berlaku semasa saya keluar bersiar-bersiar mencari durian. Motosikal yang dinaiki hilang kawalan ketika di lereng bukit dan terbabas lalu masuk ke dalam parit,” ceritanya ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya