Scha Elinnea kurangkan seksi, teman lelaki tegur - Utusan Malaysia

Scha Elinnea kurangkan seksi, teman lelaki tegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Scha Elinnea, 22, mengaku kini sudah perlahan-lahan meninggalkan imej seksi selepas menerima teguran ramai termasuk teman lelakinya.

Menurut Scha tanpa mendedahkan siapakah kekasih hatinya, selama ini terlalu ramai yang cuba mendekati dengan memberi teguran kepadanya berhubung imejnya yang seksi dan hal itu dilihat sebagai satu cara untuk dia berubah ke jalan yang lebih baik.

“Saya pun manusia biasa dan tak lepas melakukan kesilapan. Kadangkala orang luar juga terlalu mudah menghukum. Cuma, apabila semakin ramai yang menasihati dan menegur dengan baik, saya ambil semua itu juga dengan hati yang terbuka termasuklah teguran daripada teman lelaki.

“Sebelum ini, saya selalu balas teguran itu dengan ayat doakan yang baik-baik. Sekarang, saya sudah padam banyak juga gambar yang seksi di Instagram. Kita cubalah untuk jadi manusia yang lebih baik,”katanya.

Scha berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media secara virtual bagi mempromosikan drama berjudul SiTik Tok arahan Joon Goh yang memulakan tayangannya di TV3.

Drama tersebut menyaksikan Scha memegang watak utama sebagai Siti dan bergandingan bersama Niezam Zaidi (Shon), Nadia Aqilah (Miss Rona), Nelissa Nizam (Jaja), Zamaera (Maru), Kahoe (Xander) dan Acong Sweetchild (Chuchox).

Selain itu, kongsi Scha, dia juga berterima kasih dengan kemurahan hati peminat dan pengikut yang memberi sokongan serta sentiasa mendoakan untuknya melakukan perubahan tersebut.

“Ramai yang beri teguran dengan cara yang baik. Kalau teguran yang maki-maki itu, mungkin saya tak sejuk hati nak buat perubahan,”katanya.

Sementara itu, Scha menolak andaian bahawa imej seksi selama ini ditinggalkan perlahan-lahan kerana dia kini ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

“Tak adalah. Saya ada teman lelaki dan sedang saling berkenalan lagi. Saya berubah pun satu daripadanya kerana keinginan sendiri.

“Saya cuma nak jadi manusia yang lebih baik,itu sahaja,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya