Saya tak hilang - Hafizul Kamal - Utusan Malaysia

Saya tak hilang – Hafizul Kamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMA tidak mendengar khabar pelakon yang satu ini. Seakan ‘sepi’ dari radar dunia hiburan, Hafizul Kamal, 36, hilang tanpa cerita.

Namun sangkaan itu meleset sama sekali. Hakikatnya, dia masih setia mencurah bakti dalam pentas seni dan tidak sekalipun melangkah keluar dari lapangan yang dicintai.

Cuma barangkali dia tidak memilih untuk menjadi sensasi, selesa menjalani kehidupan sendiri di samping anak dan isteri.

Baru-baru ini penulis jejaki pelakon ini. Menerusi perbualan telefon, Hafizul berbicara tentang hidup, kerjaya dan cerita semasa.

Tekannya, dia masih bersama industri, masih berlakon dan melakukan sedikit kerja pengacaraan.

“Saya tidak hilang. Dalam beberapa tahun ini saya masih berlakon, memegang watak kecil dalam filem dan drama.

“Bahkan saya juga ada membuat kerja-kerja pengacaraan. Jadi, saya sememangnya tidak hilang,” katanya yang terakhir kali muncul dalam filem Pasal Kau!

Seperti ramai orang di luar sana, bapa kepada dua cahaya mata ini juga cukup terkesan keadaan semasa, yang semakin parah dek penularan Covid-19.

Katanya, beberapa projek lakonan terpaksa ditangguhkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang semakin berpanjangan ini.

“Kalau ikutkan, tahun ini saya terlibat dengan satu filem dan dua drama. Akan tetapi, kesemuanya terpaksa ditunda kerana PKP,” katanya.

UTAMAKAN MASA UNTUK ISTERI, ANAK-ANAK

Kehadiran dua cahaya mata hasil perkahwinan bersama isteri, Nurul Fariza Ibrahim nyata membawa bahagia buat pelakon yang mesra dipanggil Pijot ini.

Bagi seorang ayah yang penyayang, keluarga adalah segala-galanya. Walau sesibuk mana pun dia, masa untuk isteri dan anak-anak tidak pernah berkurang.

“Sibuk mana pun saya, keluarga tetap paling utama.

“Sebelum keluar bekerja, saya duduk bersama mereka untuk luangkan masa. Begitu juga selepas habis bekerja, saya akan terus pulang ke rumah dan tidak ke mana-mana.

“Alhamdulillah, sepanjang PKP dilaksanakan hampir sepanjang hari saya bersama mereka,” ujarnya.

Namun, dalam kegembiraan itu, anak muda ini tetap menyimpan kerinduan yang cukup menebal.

Jujur katanya, dia terlalu merindukan kemesraan bersama kedua orang tua yang tidaklah tinggal jauh darinya.

“Penularan virus Covid-19 membuatkan saya takut untuk bertemu ayah dan ibu memandangkan mereka antara golongan yang masih berisiko meskipun sudah menerima suntikan vaksin pertama.

“Saya akan berjumpa mereka hanya bila perlu. Sebelum itu, saya pastikan diri tidak ke mana-mana dan ambil langkah berjaga-jaga.

“Siapa pun menyimpan keinginan untuk bersama kedua ibu dan ayah selagi mereka masih ada. Tetapi apabila memikirkan keadaan sekarang, saya tidak boleh menolak risiko yang ada,” jelasnya sayu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya