Saya nak bantu mereka yang terkesan - Nabil Ahmad - Utusan Malaysia

Saya nak bantu mereka yang terkesan – Nabil Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad mengakui meletakkan harapan tinggi terhadap filem pertama arahannya, Mat Bond Malaya yang bakal menemui peminat pada Hari Raya Aidiladha ini.

Kata Nabil, 37, dia berharap filem tersebut menerima pulangan yang baik agar hasil kutipannya dapat digunakan untuk membantu kru belakang tabir filem tersebut yang terkesan dengan keadaan semasa.

“Semua sedia maklum, ramai kru yang terjejas. Ada yang perlu duit untuk bayar rumah, kereta dan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. Ada juga yang terpaksa akur apabila kereta ditarik kerana gagal menjelaskan bayaran setelah hilang punca pendapatan.

“Saya harap, hasil jualan filem ini dapat meringankan beban dan bantu mereka untuk teruskan kehidupan,” katanya dalam sidang media secara maya sebentar tadi.

Hadir sama adalah pelakon utama Mat Bond Malaya, Naqiu.

Kata Nabil lagi , dia amat terharu dengan komitmen dan sokongan daripada barisan nama-nama besar yang membintangi filem ini.

Katanya, lebih mengharukan apabila semua pelakon dan kru produksi sanggup menerima tawaran dengan harga ‘kawan-kawan’ semata-mata untuk membantunya menjayakan filem berkenaan.

“Saya terharu kerana mereka bagi harga kasih sayang sebab nak tolong saya. Saya janji dengan mereka, jika filem ni ditakdirkan keluar panggung dan dapat kutipan sehingga RM20 juta, saya akan bayar balik mengikut harga sebenar mereka.

“Begitu juga dengan kru produksi kami akan bayar balik dengan harga yang sepatutnya mereka terima,” ujarnya.

Mat Bond Malaya arahan sulung Nabil dibintangi Naqiu, Elizabeth Tan, Riezman Khuzaimi, Azri Iskandar, Farid Halus dan ramai lagi. Filem ini bakal menemui penonton pada 20 Julai depan di saluran Astro First, 480.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya