"Rindu nak buat kerja seni, masuk set " - Wanns Ahmad - Utusan Malaysia

“Rindu nak buat kerja seni, masuk set ” – Wanns Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Wanns Ahmad meluahkan rasa rindu terhadap aktiviti seni yang kini terhalang dek pandemik namun dalam pada waktu yang sama, dia mendoakan agar Malaysia akan segera ‘sembuh’.

Wanns dalam perkongsian di Instagramnya juga turut berkongsi kegembiraan apabila dia kini semakin seronok berniaga sementara menunggu kebenaran untuk kembali aktif dalam dunia seni.

“Seronok juga berniaga.  Lagi-lagi bila dapat feedback yang baik dan bahagia daripada pelanggan. Kita juga turut sama merasai kebahagiaan tersebut.

“Apa pun, tetap rindu untuk melakukan kerja kerja seni. Rindu nak masuk set. Nak berlakon. Insyaallah doakan semoga semuanya dipermudahkan buat kita semua dan dapat kita semua kembali bekerja dalam bidang masing masing,” katanya,

Penyanyi Terus Mencintaimu itu juga menitipkan pesanan untuk dirinya dan juga pengikut supaya tetap kuat untuk mencari rezeki yang halal.

“Selagi bernafas, pasti masih ada rezeki untuk kita semua. Yang penting usaha untuk mencari rezeki yang halal. Harap kalian semua terus kuat dan terus kuatkan kepercayaan kalian pada rezeki Allah.. Dalam situasi pandemik dan lockdown berpanjangan ini, saya tahu ramai yang terkesan dan tertekan. Terus kuat ya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya