KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Tawil, 68, menghembuskan nafas terakhir selepas diserang sesak nafas di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sri Aman, Kepong, di sini, jam 2.15 pagi ini.
Khabar duka itu disahkan isterinya, Azah Abdul Kahar, 62.
Allahyarham Tawil atau nama sebenar, Abu Bakar Ahmad mencipta nama menerusi filem Prebet Lapok arahan Allahyarham Datuk Aziz Sattar.
Allahyarham bergiat aktif dalam drama dan filem serta masyhur sebagai pengacara sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.