Orang nak bergambar lepas vaksin, itu hak mereka - Faizal Tahir - Utusan Malaysia

Orang nak bergambar lepas vaksin, itu hak mereka – Faizal Tahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir, 42, menyelar tindakan segelintir pihak yang terlalu dangkal dalam melontarkan pandangan apalagi dengan menjadikan tindakan bergambar selepas mengambil vaksin sebagai satu isu besar.

Menurut Faizal, perkara itu tidak sepatutnya menjadi hal kerana ia berbalik kepada hak masing-masing.

“Tak payahlah berbangga bergambar menunjukkan kita seorang Muslim kalau perlakuan kita memalukan agama Islam itu sendiri’. Astaghfirullahaladziim. Sepatutnya saya tak boleh cakap begini, sebab itu hak masing-masing.

“Samalah juga mereka yang bergambar dah divaksin. Itu hak masing-masing dan hanya Allah yang tahu niat masing-masing.

“Islam adalah agama yang mengajar kita untuk berfikir secara rasional dan mengikut logik. Kalau tak mampu, sekurang-kurangnya jagalah adab dan akhlak ketika berkomunikasi,”katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Menerusi hantaran yang sama, Faizal sertakan sebuah keratan komen daripada seorang individu yang kononnya menegur penerima vaksin yang bergambar setelah menerima suntikan usah berbangga.

Menurut individu itu, sepatutnya setiap penerima vaksin berasa risau dan takut kerana tubuh disuntik dengan bahan syubhah dan boleh dikategorikan sebagai najis.

Selain itu, Faizal berharap agar setiap pengguna media sosial usah bersikap bak batu api apalagi dalam hal ini, isu yang diketengahkan tidak relevan untuk diperdebatkan.

“Orang nak vaksin atau tidak, nak bergambar atau nak berzumba setelah divaksin, itu hak dan niat masing-masing. Hanya Allah yang tahu.

“ Tapi janganlah jadi batu api, menakut-nakutkan orang dan jadi penyebab yang menghalang orang dari terus berikhtiar untuk membuat sesuatu yang dirasakan baik untuk dirinya. Islam itu indah untuk orang yang berfikir.

“Banyak lagi masalah penting yang perlu diselesaikan. Allahu a’lam bissowaab.Pesanan ini untuk diri saya sendiri,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya