JAKARTA: Penyanyi Indonesia, Opick dan isteri, Bebi Silvana telah selamat menimang cahaya mata lelaki semalam.
Lapor portal Liputan6.com, khabar gembira itu disampaikan Opick atau nama sebenar Aunur Rofiq Lil Firdaus menerusi satu mesej pesanan ringkas.
“Alhamdulillah, sudah lahir Maulana Muhammad Hasan Abdullah El Firdaus pada pagi Sabtu, 10 Julai 2021.
“Semoga menjadi cahayanya Allah dunia akhirat…kesayangan Rasulullah…kecintaan para aulia Allah…kecintaan umat dan asbab hidayah seluruh alam,” tulisnya.
Anak pertama bagi kedua pasangan ini yang berkahwin pada 17 Disember 2018. dilahirkan secara normal memiliki berat 2.985 kilogram dengan panjang 49.5 sentimeter.