KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi rap, Siqma mengesahkan kakak dan anak buahnya dijangkiti Covid-19.
Menurut Siqma atau nama lengkapnya Rahmat Zulhilmi Abdul Razak, 28, berkata, orang ramai juga diharapkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung diri dari dijangkiti wabak itu.
“Saya nak ucapkan terima kasih kerana mendoakan kakak saya supaya dia cepat sembuh dan kuat. Tadi saya baru saja lepas hantar barang dekat dia tapi tak jumpa pun, hantar dekat pondok pengawal saja.
“Saya nak pesan, kita jaga kita untuk kekal selamat, duduk diam di rumah, jaga prosedur operasi standard (SOP). Kalau ada saja gejala terus pergi buat ujian calitan atau kuarantin kendiri di rumah,” katanya.