"Misi saya nak bantu rakyat Malaysia sekarang" - Alha Alfa tolak peluang ke Gaza - Utusan Malaysia

“Misi saya nak bantu rakyat Malaysia sekarang” – Alha Alfa tolak peluang ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan dan selebriti terkenal, Datuk Alha Alfa terpaksa menolak pelawaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat mengundangnya untuk turut serta dalam misi bantuan ke Gaza, Palestin

Dalam perkongsian di Instagram, Alha turut meluahkan rasa terkilannya namun keputusan itu terpaksa dilakukan berikutan misi jurusolek terkenal itu sekarang adalah untuk membantu rakyat Malaysia.

“Ikutkan hati memang nak kemas beg dan terus pergi. Tapi berat sangat hati nak tinggalkan dan fikirkan dekat sini pun ramai yang terjejas. Saya tolak satu peluang yang semua orang mahukan.

“Tidak mengapa, kita di sini kena terus kuat. InsyaAllah, ramai akan bantu. Sekarang misi saya nak bantu mereka di Malaysia, tempat saya lahir,” katanya.

Dalam pada itu, Alha juga memanjatkan doa agar dia akan terus diberi peluang untuk ke bumi kelahiran para Anbia pada masa akan datang.

“Ya Allah, janganlah kau buka peluang ini hanya sekali untukku. Saya dah buat keputusan yang amat perit untuk diterima,” katanya sedih.

Sementara itu, Alha juga kini sedang dalam gerakan untuk mengumpul dana sumbangan bagi meringankan mereka yang terkesan teruk dek pandemik.

“Apa yang saya boleh buat untuk dapatkan kutipan segera. Kalau boleh, anda tidak bagi duit semata. Saya nak anda dapat sesuatu daripada pemberian itu. Nanti saya fikirkan secepatnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya