KUALA LUMPUR: Penyanyi, Daiyan Trisha sekali lagi menjadi topik perbualan apabila dia bakal memberi mini heart kepada pengikut Instagramnya yang akan ke pusat pemberian vaksin (PPV) untuk mengambil vaksin.
Menerusi Instagramnya, rata-rata pengikut khususnya peminat lelaki meluahkan rasa tidak sabar untuk ke PPV dan bertemu penyanyi kesayangan mereka itu.
Malah ada juga yang kecewa kerana mereka bakal mengambil vaksin di PPV berbeza.
“hari ini saya teruskan bertugas sebagai sukarelawan kat PPV Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Sekarang sudah masuk fasa vaksin kedua, jadi proses juga berubah. Bagi mereka yang ambil vaksin kedua, tidak perlu daftar dan tunggu di kawasan pemerhatian.
“Hari ini saya full day, ada melakukan beberapa ‘kajian’ untuk faham tugas di bahagian juga. Jadi boleh saya belajar untuk tugas lagi. Seronok dapat bersama-sama petugas barisan hadapan. Siapa pergi vaksin saya beri mini heart! ,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Daiyan yang juga seorang pelakon turut mengakui tugas sebagai sukarelawan memenatkan namun tidak terbanding pengorbanan para petugas barisan hadapan selama ini.
“Rasa lah sedikit penat mereka macam mana walaupun baru beberapa hari. Terima kasih tak terhingga. Minggu depan kita jumpa lagi. Di mana dan hari apa, itu rahsia. Kalau nak tahu, kena pergi vaksin!” katanya.