Mencari pengampunan dosa: Rurouni Kenshin - Utusan Malaysia

Mencari pengampunan dosa: Rurouni Kenshin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Konnichiwa…! Bagi peminat komik mangga dan yang mengikuti perkembangan Rurouni Kenshin, mungkin anda lebih arif tentang perjalanan cerita itu.

Jangan terlalu cepat melatah dengan ulasan penulis. Simpan saja katana (pedang) Kenshin itu kerana reviu ini hanya pengamatan hiburan semata-mata.

Tidak mengambil masa yang terlalu lama juga awal untuk Rurouni Kenshin itu memukau perhatian penulis dengan aksi berlawan. Sekali gus membuatkan penulis tertanya-tanya siapa lawan, siapa kawan?

Secara ringkasnya, Rurouni Kenshin: The Final mengisahkan seorang legenda bekas pembunuh upahan pada era revolusi Jepun, iaitu Hitokiri Battosai.

Namun nama yang satu ketika digeruni itu tidak lagi digunakan kerana dia sudah insaf. Himura Kenshin, itulah nama terkini Battosai di era baharu dan malah menawarkan khidmat seni bela diri kepada penduduk Tokyo.

Perkembangan filem seterusnya, membawa penonton untuk merungkai kisah silam Kenshin selepas kehadiran mafia, Yukishiro Enishi dari Shanghai.

‘Lawatan’ Enishi ke Tokyo adalah untuk membalas dendam terhadap Kenshin yang juga merupakan abang iparnya.

Mengimbas episod hitam, penonton bakal menyaksikan di sebalik tanda luka X pada raut wajah Kenshin ketika kakak Enishi, Yukishiro Tomoe mempertahankan nyawa Kenshin sewaktu berlaku pertempuran.

Pun begitu, takdir riwayat Tomoe mati pada pedang Kenshin. Disebabkan hal itu, dendam Enishi terdorong dan melakukan kekecohan tanpa henti.

Justeru, dapatkah Enishi membalas dendam terhadap abang iparnya? Penulis serahkan tugas ini buat anda untuk mencari jawapan dalam kemelut antara Enishi dan Battosai menerusi filem itu di Netflix.

Menyentuh perjalanan cerita sepanjang 2 jam 19 minit, mudah untuk diikuti dan tidak mengantuk, itu pasti. Mana tidaknya, pada perkembangan cerita itu diselangi dengan aksi pertarungan, hampir penulis sendiri pun terikut sama.

Pastinya, bagi memuatkan cerita asal dari komik ke layar besar merupakan cabaran paling besar buat seorang prolifik Nobuhiro Watsuki. Tahniah buat beliau dan kredit harus diberi kepada pengarah dan penyunting, Keishi Otomo dan Tsuyoshi Imai kerana berjaya menggerakkan perjalanan cerita dengan kemas.

Pujian juga harus diberikan kepada barisan pelakon utama, Takero Satoh (Kenshin), Mackenyu (Enishi), Kasumi Arimora (Tomoe), Emi Takei (Kamiya Kaoru) dan Munetaka Aoki (Sanosuke).
Masing-masing hebat beradu pada setiap babak melibatkan pertarungan. Mereka hanya menggunakan wayar tanpa bantuan suntingan CGI tau!

Cukup di sini, Arigato Gozaimas buat anda yang setia menanti ulasan penulis. Sayanora semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya