Memilih bulu ke? - Utusan Malaysia

Memilih bulu ke?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Poklip faham, kadang-kadang artis ini ada agensi media kegemaran mereka. Apatah lagi yang bertaraf antarabangsa. Jadi siapalah kita hendak mempertikaikan pilihan mereka kan. Makan hati sahajalah.

Dakwaan ini disampaikan seorang teman. Dia cukup panas hati dengan sikap seorang penyanyi wanita yang memilih bulu. Ibaratnya kalau wartawan media tempatan ajak photoshoot, lambat lagi dia akan setuju.

Tetapi kalau majalah yang dianggap ada kelas, tanpa sesaat dia mengangguk setuju. Perangai apa itu cik kak? Tak baik tau. Yang awak anggap kelas bawahan ini pernah menaikkan nama awak satu ketika dulu.

Bukan apa, bagi Poklip, tak perlu untuk kita merasakan kejayaan yang ditempa itu cukup besar sehingga bersikap diva. Hello, Datuk Seri Siti Nurhaliza pun ramah melayan semua media. Awak siapa ya?

Poklip sendiri pun pernah berhadapan dengan perangai artis sebegini. Berpuluh kali tanya, jawapan sama diterima.

“Kejap ya, saya periksa jadual dulu. Agak sibuk sekarang,” balas si polan itu.

Tunggu beberapa purnama, masih tiada tarikh sesuai. Walaupun negara melaksana segala jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia masih sibuk. Entah buat apa, Poklip tak berani nak cakap.

Jadi Poklip malas layan sahaja. Bukan apa, Rossa dan Afgan yang bertaraf antarabangsa pun ramah melayan permintaan Pancaindera. Tak tanya banyak, boleh sahaja bagi jawapan. Tak apa, teruslah berdiri dengan kesombongan itu ya. Bye!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya