‘Macam mana mereka dapat nombor telefon saya?’ – Remy Ishak khuatir kebocoran data peribadi - Utusan Malaysia

‘Macam mana mereka dapat nombor telefon saya?’ – Remy Ishak khuatir kebocoran data peribadi

Remy Ishak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon kacak, Remy Ishak meluahkan kekhuatiran berhubung lambakan kes penipuan dan kebocoran data peribadi awam yang disalahgunakan segelintir individu atas tujuan melakukan penipuan.

Remy, 39, mendedahkan kerisauan tersebut menjadi lebih teruk apabila dirinya turut menjadi mangsa setelah menerima banyak panggilan daripada individu tidak dikenali.

“Ada yang menghubungi, mengaku dirinya kakitangan pos Malaysia dan meminta nombor kad pengenalan saya untuk tujuan penghantaran barang sedangkan saya tidak membuat sebarang tempahan.

“Ada juga yang mengaku dirinya mewakili ejen hartanah yang memaklumkan menyimpan nombor saya setelah diberikan kepadanya oleh rakan industri.

“Saya hairan. Macam mana mereka boleh dapat nombor telefon saya sedangkan saya tidak mudah berkongsi maklumat ini dengan orang yang tidak saya kenali,” katanya.

Ekoran gangguan-gangguan berkenaan, pelakon filem Pulang ini menjadi lebih berhati-hati dan bertindak menyekat panggilan asing yang banyak diterimanya.

“Keadaan ini cukup merisaukan saya. Apatah lagi dengan lambakan kes penipuan dalam talian yang semakin berleluasa ketika musim pandemik ini. Kini saya lebih berhati-hati.

“Apa yang berlaku kepada saya jelas menunjukkan bahawa data peribadi orang awam semakin mudah dibocorkan dan digunakan untuk kegiatan penipuan. Keadaan ini cukup membimbangkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya