‘Maafkan semua orang yang buat salah pada kita’- Hafreez Adam - Utusan Malaysia

‘Maafkan semua orang yang buat salah pada kita’- Hafreez Adam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon tampan, Hafreez Adam, 31, mengakui amalan memaafkan dan meminta maaf membawa ketenangan buat dirinya.

Hafreez yang menjawab soalan peminat di Instagram berkata, tindakan itu juga berkesan mengatasi masalah berfikir secara keterlaluan yang dihadapi ramai orang.

“Ini dari pengalaman sendiri. Maafkan semua orang yang buat salah pada kita dan minta maaf juga walaupun tak rasa kita salah.

“Buang rasa negatif, akan rasa tenang. Akhirnya Insya-Allah akan hilang berfikir secara keterlaluan,” Jawabnya.

Dalam pada itu, Hafreez turut menasihatkan peminatnya agar sentiasa menghargai diri sendiri untuk mencapai ketenangan.

“Mula dengan menyayangi diri sendiri. Ketahui harga diri anda. Bila dah ada rasa sayang pada diri kita sendiri, kita akan hargai diri kita,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya