KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Boy Iman turut meluahkan rasa sedih dan kekesalannyakerana tidak dapat menghulurkan pertolongan di saat arwah memerlukan bantuannya.
“Maafkan aku sahabat kerana tidak dapat bantu bila kau memerlukan bantuan. Tiada lagi IG dan panggilan, juga teks WhatsApp daripada kau.
“Seorang sahabat yang banyak kenangan bersama. Hingga akhir hayat masih terus berhubung. Semoga tenang di sana, kita jumpa nanti,” tulisnya mengakhiri doa.
Rata-rata pengikut Instagram Boy turut mengucapkan takziah dan bersedih di atas pemergian bintang berbakat besar itu.