Maaf awak, saya jauh di seberang daerah - Kamal Adli - Utusan Malaysia

Maaf awak, saya jauh di seberang daerah – Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ratusan komen membanjiri akaun Instagram milik Kamal Adli, 36, sejak awal pagi ini setelah pelakon tersebut berkongsi satu hantaran istimewa sempena ulang tahun kelahiran bakal isterinya, pelakon, Uqasha Senrose.

Melangkah ke tangga usia 29 tahun, Uqasha di mata Kamal adalah seorang wanita yang tabah dan cergas selain mendoakan yang baik-baik buat pelakon tersebut dalam melayari kehidupan ini.

“Saya tahu macam mana awak sedih sebab Perintah Kawalan Pergerakan Daerah (PKPD) jatuh pada hari lahir awak. Maafkan saya, jauh pula tahun ini dan berada di seberang daerah.

“Apa pun, semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan termasuk urusan kita. Semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan, dimakbulkan segala doa. Awak adalah wanita yang tabah, kuat dan cergas.

“InsyaAllah yang baik-baik sahaja saya doakan untuk awak ya. Masih muda, masih banyak lagi untuk dicapai,”katanya.

Selain itu, Kamal juga sempat mengusik manja tunangnya itu sambil memberi bayangan bahawa kedua-duanya bakal segera menamatkan zaman bujang menerusi majlis pernikahan yang dirancang.

“InsyaAllah, tak lama lagi sudah tak single lagi okey! Kekal cantik dan memang sentiasa cantik pun. Ya Allah, kau lindungilah dia dan peliharalah dia sebaiknya, Amin. Saya sayang awak sangat-sangat cik tunang,”katanya.

Dalam pada itu, perkongsian Kamal tersebut mendapat perhatian ramai dalam kalangan pengikut dan peminat mereka yang mana, rata-ratanya melihat Kamal sedang mempamerkan sisi manis dan romantisnya pada Uqasha.

Menerusi hantaran yang sama, ramai juga merebut peluang untuk sama-sama memberikan kata-kata ucapan dan doa yang baik, istimewa buat Uqasha sempena ulang tahunnya kali ini.

Hubungan cinta Kamal dan Uqasha mula berputik selepas digandingkan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019 dan kemudiannya, sekali lagi berpasangan menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa pada Oktober, tahun lalu.

Pengarah, Michael Ang ‘memecahkan rahsia’ dalam media sosial memberitahu bahawa Kamal dan Uqasha sudah menghadiri kursus perkahwinan ketika penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa.

Menguatkan spekulasi percintaan apabila Kamal akhirnya melamar Uqasha secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember tahun lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Selain itu, Kamal dan Uqasha juga sebelum ini terpaksa menunda majlis pernikahan mereka yang dirancang dilakukan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi dalam masa terdekat memandangkan tempoh PKP masih belum memperlihatkan tanda-tanda segera tamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya